http://jhiresourcessb.wix.com/jhiresourcessb
Tugas
seorang kerani dalam sesuatu organisasi tidak harus dipandang ringan kerana ia
mendukung semua asas pentadbiran (administration) seperti kerja-kerja
pemfailan, menaip, faksimili, penyediaan dokumentasi serta kerja-kerja asas perbankan.
Program ini telah dirumus khas untuk para kerani dan
pembantu pentadbir kerana sudah pun menjadi kenyataan bahawa semua pekerja yang
membuat kerja perkeranian memegang peranan yang penting untuk menentukan
kejayaan organisasi anda. Dengan proses globalisasi dan perubahan dalam konsep
pejabat dan cara-cara membuat kerja, sudah menjadi suatu penentuan bahawa para
kerani dan pembantu pentadbir perlu memiliki skil dan idea yang baru. Cara-cara
lama bagi menguruskan pejabat tidak akan menjamin kecemelangan kerja. Mereka
perlu menjadi rakan kerja anda yang memerlukan etika kerja, skil, ilmu, sikap
serta aspirasi yang baru. Program ini akan membantu mereka memiliki
keperluan-keperluan baru ini serta menyediakan satu pelan tindakan yang akan
memastikan mereka sentiasa membaiki prestasi dan nilai tambah. Ini adalah
kerana tugas-tugas mereka tidak kurang penting di dalam mana-mana organisasi.
Kakitangan-kakitangan sokongan yang berkualiti akan memberi impak yang ketara
dari segi produktiviti dan kemajuan organisasi. Kursus intensif 2 hari ini akan
memberi mereka pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan di dalam mencapai
kecemerlangan perkeranian dan kemahiran pejabat berkesan.
Kenapa anda perlu join program ini??
Bab kata pepatah duit kecil tidak keluar duit besar tidak akan masuk. So tidak rugi untuk anda melabur demi sesuatu yang pengalaman dan ilmu yang baru. Yuran anda juga boleh di tuntut dengan HRDF!!!!
Daftar segera!!!Email jhie_ema untuk confirm your seat
#jadiluarbiasa#
No comments:
Post a Comment